Pages

Monday 17 August 2009

Project Kitchen-Apple Pie

This time rasa nak buat entry ni in BM. Boleh ker???Cakap rojak is OK kan??

So anyway last Saturday buatla projek apple pie ni. Sebenarnya dah lama sangat dah nak buat pie ni, even bahan-bahan pun dah beli dari minggu lepas. Tapi ni pun ada jugak bahan yang takde, contohnya kismis and tepung jagung. So yang jadi subsititutenya adalah tepung kastard. Takpela, tepung kastard pun ada mengandungi tepung jagung what...

So since dah dekat sangat nak puasa ni, baik buat apa yang diniatkan takut nanti bila dah puasa tak larat plak. Bukan takat tak larat saja, mungkin penyakit M pun melanda, lagi naya tau!!

Sabtu lepas bangun pun awal pagi dengan semangatnya terus buat preparation untuk pie ni. Ye la, bukan kejap boleh siap. Kena buat doh dulu then sejukkan dalam 2 jam, lepas tu baru boleh canaikan, letak isi dan bakar. Lagipun tengahari tu memang cadang nak keluar jenguk my good friend yang baru lepas bersalin, so sekali bawakkan pie ni la sebagai buah tangan...Hheheh more like ada orang tolong makan sebenarnya;)


Ni bahan-bahan nak buat apple pie ni. Of course guna green apple, then ada tepung kastard untuk ganti tepung jagung, dan ground nutmeg. Patutnya guna cinnamon, tapi sebab allergic tak tahan bau cinnamon, so guna nutmeg la;). Selain daripada tu, sorry ekk ni boleh kata apple pie yang rebellious sket sebab kismis takde, then instead of brown sugar aku guna honey, as well as guna butter biasa untuk doh instead of the recommended unsalted butter. Mahal tu woohh....Oops...nampak lak buku resipi tu. Yelah ni first time buat, kenala rujuk buku ye tak??


Apple ni lepas ni nak kena kupas kulitnya, buang benda kat tengah tu, sorry what is it called in BM ekk??Ala senang buang its core and lepas tu potong dadu:)


Ni la rupa filling pie tu selepas di campur. Ada nutmeg, honey dan perahan orange (sorry patutnya lemon heheh)..



Bila semua bahan dah tersedia, canaikan doh yang dah awal-awal dibuat tadi tu dan masukkan dalam pie bowl. Nasib baik ada pie bowl ni (hadiah table sporting masa company dinner :D) so bolehla buat projek ni. Letak elok2 tekan doh tu dalam mangkuk ni.


Ta da....Penuhkan plak dengan filling apple tadi...Then lepas tu canaikan the other half of the dough untuk wat cover nya plak.

Ni la rupa apple pie yang dah ready untuk dibakar. Tapi sebelum tu kena cucuk-cucuk skit atas tu buat lubang nanti senang udara nak keluar kot. Lepas tu sapu dengan kuning telur supaya nanti berkilat cantik;)


Aiyo....Tengah bakar pie pun mau amik gambar ke...???

Ni dia pie yang dah elok dibakar. Bakar pun amik masa lebih kurang 40-50 minit. Lepas tu biarkan pie tu sejuk. Ngam sangat la sebab tengahari tu masa bawak gi rumah kawan pun dia still elok suam-suam gitu...


Selamat menjamu selera!!Hehehhe...buat tak malu je amik gambar pie sendiri kat rumah orang. Bolehla tahan sebab ni first time buat. Cuma rasanya crust tu lain kali kena nipis lagi sikit la..And make sure betul2 guna bahan yang patut ada. Ni kalau makan gak dengan aiskrim mesti best!!

Projek minggu depan??Tak tau lagi. La ni dah puasa, so...Entahla...Tengokla camne yer...

No comments:

Post a Comment

What say you..