Friday, 25 June 2010

Mimi Goes to the Vet

Hmm..saje bagi gempak title in English, tapi rasanya entry ni akan banyak stail rojak.

Macam dalam title kat atas, ni pasal cerita Mimi nak kena jumpa vet:((

Yelah, kalau kena jumpa vet, maksudnya anak ni tak sihat la ye? Bila anak tak sihat, Mummy dia la yang risau terlebih-lebih!

Ceritanya cenggini, since last week lagi when my Mum was around yang kitorang perasan lantai kat rumah ni atas kesan darah kering. Ala kesan macam darah tercalit la, bukan banyak mana pun. Tapi tak tau nak cari kat mana. Last-last the next day baru my Mum noticed that kat kaki belakang Mimi macm ada wound. So heranla apasal boleh ada luka, sebab takde paku or benda pecah or anything yang boleh buat kaki dia tercedera kan..

Dah tu Mimi pun ala-ala lain macam jugak pe'el nya-kurang bergerak, dah tu yang paling pelik, dia suka sesaja duduk atas pasir dai tu tanpa buat apa-apa. Bukan nak kencing or berak pun, saje je nak duduk situ. Lagi la risau sebab takut terkena luka dia tu dah tu sampai kena infection la kan?

Anyway, I just resorted to tenyeh kapas dengan minyak gamat aje la kat wound tu, and promised myself I'd take her to the vet soon.

Last Tuesday, dah tak boleh tahan dah sebab risau, siap buat status kat FB lagi tu...


Ingatkan nak bawak Mimi ke vet my friend ni kat area Kota Damansara, tapi rupanya diorang tutpla pulak hari Selasa. So I decided to bring Mimi to her own vet kat Section 14, Petaling Jaya ajela. Kena redah jam jugak tu.

So after work that day, right away I changed my clothes and put Mimi in her carrier. As usual, she would put up slight resistance, tapi dah lepas dipujuk, dia relakan saja..:)

Ni la luka Mimi tu. Sorry gambar blur, bukan senang nak tangkap gambar dia ni, tambah-tambah kalau dia tengah bergerak. Risau jugak kot-kot benda tu berlubang sebab macam boleh tengok isi kaki Mimi:((

When the vet, Dr. Tong checked on Mimi, she cut some of Mimi's fur surrounding this wound la. Then she found out that instead of a gaping wound, it was actually a growth yang tumbuh kat Mimi's hind leg ni. It doesn't look like it poses any danger, tapi as a precautionary measure, Dr. Tong injected Mimi with anti-inflammation medication and sapu antiseptic kat situ. Assistant Dr. Tong tolong pegangkan Mimi when she was being checked la ni, tapi Mimi tak suka! Hahhaha.. Sebab apa tau, sebab she kept giving soft growl throughout the time atas meja tu. So I had to pujuk-pujuk dia jangan marah la. My poor girl!

Haaa..tengok tu, dia buat muka marah kat Mummy dia hehehe..Sabar sayang, it's for your own good:)

Once she's done, it's back into the carrier Mimi went.

Sementara nak tunggu Dr. Tong ambikkan ubat for Mimi, sempat la main-main dengan the vet's resident cat. Friendly sangat, and cute! She (I think) mesti dah biasa temankan patient-patient lain kat klinik vet ni:) Right inside this cage pulak is her best friend, a shih-tzu yang comel je pakai baju.

Tak lama lepas tu Dr. Tong pun panggil untuk ambik ubat for Mimi. Dr. Tong advised me to sapu ubat kat benda growth ni as well as another powdered antiseptic in Mimi's leg, mintak-mintak growth tu kecut sendiri. She also prescribed oral medication, anti-inflammation and antibiotic for Mimi. Mintak-mintak Mimi will be OK after this and that this subsides on its own la, otherwise kena jumpa balik vet. Taknak ler...:((... The damage to my pocket? RM85. OK la tu kot, at least bila ditimbang, Mimi dah berat 5.5kg dah sekarang. Just nice, taknak la dia gemuk sangat.

Bila dah kat rumah, belek balik benda tu, cemni la rupa dia..


Mintak-mintak bila dah bagi ubat ni, Mimi's growth tu will disappear, and she's back to being my manja bucuk debab girl. Of course la she as manja as always, but well, dia takde apa-apa la kan...


6 comments:

  1. kesiannya mimi... hope dia cepat sembuh..
    know what last week pun jadi benda yang sama kat rumah i.. kitorang nampak ada darah kering atas lantai rupanya2 darah dari kaki molly.. kuku dia yg baru nak tumbuh tapi kuku lama tak boleh tanggal dan tercucuk masuk kat jari dia.. kesian sangat...
    i nak bawak gi vet tapi masalahnya molly ni allergic banyak ubat so kalau bawak gi vet takut jadi cam dulu nanti mulut dia berbuih n macam nak pengsan... so kitorang bantu dia cabut kuku yang lama tu, dia diam jer macam relakan kitorang tolong ubatkan kaki dia.. then cecepat letak antiseptic...
    lepas cabut jer bubu tu dia manja sangat dengan kitorang sondol2.. agaknya nak say thank you hehehe... lega i...
    luka pun dah kering skrg...

    ReplyDelete
  2. Comel nya Mimi you nie... kalau my kids dapat sekor cam nie, sure suka tapi apa kan daya... mak dia nak ambik anak angkat buat masa nie, sangat lah maleh rasanya... hi!hi!

    ReplyDelete
  3. Lady..

    Wow!! Molly ada allergic dengan Vet? Hmm..did she have a bad experience before this? Ke psychological allergy je tu?? Payah jugak kalau nak kena bawak dia pegi vet, kalau setakat demam sikit ke or sakit yang boleh self-medicated tu takpe la, but how about the ones that requires vet's treatment?

    But whatever it is, we always hope our furkids ni will always be happy and healthy la kan?

    ReplyDelete
  4. Eti..

    Hmm..I think when the kids are older a bit and can handle the responsibility bolehla kot..:)

    ReplyDelete
  5. ray, dia bukan allergic dengan vet but dengan ubat ubat.. vet penah kasi ubat masa tu tak tahu lagi dia allergic then berbuih mulut kesian dia lemah sangat dah masa tu...
    since then takut n risau sangat kitorang kalau dorang sakit... since molly n arri ni dua beradik so arri pun allergic ubat yang sama jugak...
    huhu... thing is arri ok he is friendly but molly dia garang skit, vet takut ngan molly hehehe...

    ReplyDelete
  6. Alahai Lady, kesiannya. Then kena make sure Ari & Molly sentiasa sihat la kan? Vaccine booster pun tak boleh miss. Mimi ni pun lain macam reaction dia kat ubat. The other day nak kasi la oral medicine dia, siap dah campur dengan madu and guna syringe nak bagi dia telan, tapi boleh berbuih pulak mulut dia lepas tu. Is that the same reaction from Molly? If yes, hm...susahla kan, kena pikir cara lain jugak nak bagi diorang telan ubat tu.

    ReplyDelete

What say you..