Pages

Showing posts with label Project Kitchen. Show all posts
Showing posts with label Project Kitchen. Show all posts

Tuesday, 24 August 2010

Project Kitchen: Bubur Pedas

Hi all...

Nampak gaya bila puasa ni memang rajin gak ke dapur;). Boleh tahan, dua entry berturut-turut cerita pasal masakan untuk berbuka.

OK here's another common recipe among us Sarawakian folks semasa bulan Ramadhan-bubur pedas. Nama je pedas, tapi jangan risau, usually memang tak pedas pun:)

The thing is, this dish is very flexible in terms of the items you want to put in it. The most common ones would be baby corn, tauhu kering, sayur midin (which unfortunately takde kat Semenanjung ni:((..), different sorts of vegetable of yoru choice, and udang. But kalau takde udang, kita still boleh ganti dengan ayam, daging or even kulit lembu yang dah di keringkan. In fact, kalau masukkan kulit tu memang kira oommphh jugak la bubur pedas ni:)

Just like laksa Sarawak, nak buat bubur pedas kena ada perencahnya. We call it bumbu bubur pedas. Sorry masa nak masak hari tu lupa plak nak ambik gambar perencah tu sebelum masuk dalam periuk, but basically this is how it looks like:


(Timakaseh Mr. Google;)..)The photo is actually found in this blog
Anyway, yang ni paket untuk bumbu yang dikomersialkan. Kalau nak tau, bahan-bahan nya adalah beras, lengkuas, kunyit, kelapa parut and ketumbar. All these ingredients akan digoreng tanpa minyak sehingga kuning keemasan, dah tu dikisar.

So ni plak bubur pedas Chef Ray;)
Bahan-bahan:

Tauhu kering and dried mushroom. Rendam dalam air panas kejap sampai dua-dua bahan ni lembut, dah tu potong.

Baby corn. Hari tu guna dalam 10-12 batang

Bawang merah, bawang putih, dan belacan sebesar ibu jari. Also, cili boh atau cili kisar.

Isi ayam, potong kecik-kecik, and 3 helai besar daun kunyit. Kalau nak lagi banyak boleh gak, lagi sedap bau bubur pedas:)

3 paket bumbu bubur pedas, dicampur dengan air panas, dan 2 paket santan. Kalau guna santan fresh pun lagi elok.


Mula-mula tumiskan bawang putih and bawang merah sampai naik bau.

Bila bawang dah naik bau, masukkan pulak cili boh and belacan. Actually kalau nak tumbuk dulu belacan tu dengan cili pun ok gak:)

Bila bahan-bahan tumis tadi dah naik bau and pecah minyak, masukkan pulak bumbu bubur pedas tadi. Gaul rata, make sure api tak besar sangat sebab takut nanti berkerak pulak kat bahagian bawah periuk.

Bila dah pecah minyak, masukkan pulak baby corn..

And tauhu and mushroom. Stir well.

Then masukkan pulak santan. Kalau rasanya pekat sangat, tambah lagi air.


Let everything simmer slowly for between 5-10 minutes. Make sure api sederhana je, and at the same time, you can add in garam, gula, pepper secukup rasa.


Then, finally masukkan daun kunyit tadi ke dalam bubur. Let it simmer for another 5 minutes before you can turn off the fire.


My bubur pedas ready to serve. Bubur ni actually sejenis lauk. Tapi the best thing is, if you want to eat it on its own pun ok jugak, or even kalau rasa nak cicah dengan roti ke, it's really flexible:)

Alhamdulillah, kawan-kawan yang datang berbuka kat rumah hari tu semuanya suka. Memang sengaja masak banyak so that diorang boleh bawak balik untuk jadi juadah sahur. Seronok kan share makanan yang kita masak dengan orang lain?;)

Tu je dari dapur Chef Ray buat kali ini...hehehhe...

Friday, 20 August 2010

Project Kitchen: Roti Kukus

Hai, kita kembali ke dapur Chef Rayyyy.....(buat style sengau ala-ala Chef wan boleh??) hahahhaa....

Ok when it comes to Ramadhan dishes, some families may have their own recipe that makes their iftar extra special. For my family, that recipe would be roti kukus ni. It's simple, flexible and easy to prepare. Katakan kat rumah ada roti yang dah nak expire, resipi ni is just perfect to do supaya kita ni tak membazir. Nak kata it's a type of pudding pun ok jugak. Hari tu I prepared this and got it ready within half an hour je, provided, of course, all the ingredients are available la kan? But then again, bukannya banyak pun, dah namanya benda simple nak buat;)

My family memang selalu buat dessert ni sebagai pembuka selera untuk berbuka. Essentially, you can use bread. Tapi if you prefer a firmer texture, best jugak kalau pakai crackers masin yang bulat tu. Tapi kalau nak pakai crackers, you need to soak it in water for a while before you can actually steam it.


Telur 3 bijik, beat it with around 3-4 spoonful of sugar. The other day, I ran out of regular sugar, so I used my brown sugar. Tu yang gelap tu hehehe..(seperti biasa la kan, keja improvise resipe je memanjang)


At the same time, carik-carikkan roti ke dalam loyang. Tak kisahla pakai besar mana pun, semua ikut berapa banyak masing-masing nak buat. But make sure don't fill it to the brim, sebab the bread will definitely be soaked and absorb the liquid nanti. Kalau guna crackers masin, you can drain the water used to soak them and transfer the crackers tu ke dalam loyang. In the meantime, get your steamer ready and boil the water in it;)


In another bowl/cup, mix a packet of instant santan. Kalau prefer santan fresh, boleh guna santan sebijik kelapa untuk amount yang banyak, or half for smaller amount. Santan kena ada tau, tapi kalau rasanya nak tambah jugak susu fresh pun boleh. But no matter what, santan kena ada hehehe..


Mix in the santan into the egg/sugar combo, whisk some more. Kalau boleh tambah lagi air or that's when the milk comes into play. Make sure banyak liquid tau!


Macam rupa kopi susu plak! Hahhaha..


Pour mixture tadi tu into the bread-filled mould.


Ni la rupa roti tadi ready to be steamed. Dont worry about it being flooded. In fact, the more the better. Tengok la kalau suka lembik-lembik sebab kalau keras sangat pun tak best sangat actually;). Dah tu kukus for about 20 minutes.


Ni la roti kukus yang dah ready nak kena ngap!:)..Sorry, presentation out, tapi rasa memang vavavoom!!<--Aikss?? Masak sendiri puji sendiri ke? Ishh!!

It's OK, you don't need to cut it into shape ke whatever, you can just scoop out the bread with spoon/spatula. Kalau nak makan panas-panas boleh, nak makan sejuk-sejuk lepas masuk dalam fridge pun boleh:)

Bon appetit!

Tuesday, 10 August 2010

Project Kitchen: Chickloaf

Hellowww..

You know meatloaf right? Well, last Sunday, I made chickloaf. Instead of using minced meat, I used minced chicken.

I've always liked meatloaf. Tapi bila check kat internet, ada macam-macam version. But basic ingredients are always the same-ground beef and bread.

So what I did was improvise, as usual la. So let's check out what I did in the kitchen last Sunday.

Nak prepare, kena standby-kan bahan-bahan dia;)

1 packet of minced chicken (usually it's meat), grated carrot (saje-saje sebab nak habiskan stok carrot hehehe..), low-fat milk (tau-tau je la apasal kan..), 3 bijik telur, slices of bread. Berapa slice nak pakai, depends on the kepekatan combination bahan-bahan yang lain tu. Then as usual, salt, pepper and a bit of sugar to taste. Bawang putih dan bawang merah-cincang. Ikut suka la nak berapa banyak:)


Combine all the ingredients, except for milk and bread dalam satu bekas.


Pour in the milk pulak. I'm the type yang masak tak berapa sangat ikut measurement. But I reckon I must've used between 3/4 - 1 cup of the milk. Gaul lagi:)


Lepas tu, carik-carikkan pulak roti ke dalam adunan ni. I think I used about 5-6 slices of bread. Buat sampai texture dia ala-ala adunan roti jugak.


Then transfer it into a butter (or margarine)-greased loaf pan and bake it in a pre-heated oven at 200 degrees for about 30 minutes.


Ni la rupa dia lepas keluar dari oven. Tunggu kejap bagi dia sejuk, then it's ready to serve!

By right meatloaf is a main dish and is usually served with brown sauce. Tapi sebab malas nak prepare other things, I didn't have salad or veges to eat with it, and certainly not with that brown sauce. So..

Makan dengan sos cili je la!! Hahahhaa...dah namanya tekak Melayu, makan kena la ikut stail Melayu kan?? Hikksss...

The next day, yesterday, I brought the rest of this chickloaf sebab kitorang ada breakfast potluck kat office. Ye lah sempena dah nak puasa ni, so masing-masing bawakla something.

Ingatkan surely chickloaf ni tak laku, takut colleagues tak gemar nak makan ke, Sekali tu laku jugak, cepat je habis hehehhe...Siap ada yang komplen tak sempat makan;)..Alhamdulillah. Ada rezeki kita share dengan orang la kan?

On another note, hari Sabtu ni dah nak ambik kunci rumah. Seronoknya! I can't wait! Praying that there'll be just minor defects which can be rectified very soon, or better yet, no defects at all.


Selamat menyambut Ramadhan everyone! Semoga ibadat kita diberkati di bulan yang mulia ini, dan dapat limpahan rezeki yang tak putus-putus dari Allah. Mintak ampun dan maaf in case anything I wrote and rambled here ada sakitkan hati sesapa, they are really tak disengajakan.

So anyway, back to the chickloaf, bon appetit!:)

Sunday, 1 August 2010

Project Kitchen: Laksa Sarawak (and Peach Crumble)

Hi...

Hari ni ada projek mega sikit kat dapur:). Called up a few friends for lunch sebab nak jamu mereka laksa Sarawak dan peach crumble.

As peach crumble dah masuk entry, so this time cerita pasal Laksa Sarawak aje la kan?:)

Some of the ingredients, including the ones for peach crumble:).


Mula-mula kupas kulit udang fresh dan asingkan isinya. Bersihkan sikit kulit udang ni sebab nak kena rebus kulit udang.

Rebus kulit udang tadi. Kejap je tak lama pun. We need the air rebusan udang ni untuk buat kuah laksa Sarawak. Dah lepas asingkan kulit udang tadi, masukkan pulak la isi udang and rebus guna air yang sama.

In the meantime, get some sambal belacan ready. Kalau makan laksa Sarawak, kena ada sambal ni sebab mesti kita nak pedaskan laksa kita kan? Sambal simple je, just tumbuk ikan bilis, cili fresh, or kalau nak lagi pedas, masukkan sikit cili padi, and belacan.

In a bigger pot, you can start boiling the chicken pieces. As you will need the isi ayam je, it is recommended that you get chicken breast sebab banyak isi la kan?:)


While the chicken is boiling, get the perencah laksa Sarawak ready. Perencah ni so far memang takde jual kat KL, so I always get stocks of them ready:). Ni brand Haji Manan. Brand lain pun banyak, but for me brand ni memang ngam dengan selera la. Tadi masak guna 2 paket, which means for a large quantity. Anyway dah tu campurkan perencah ni ke dalam air rebusan udang tadi.

Then bila ayam dah masak, keluarkan isi ayam dan ketepikan. Lepas tu leraikan isi ayam daripada tulang sebab isi ayam ni nanti jadi one of the condiments time nak makan laksa.

Lepas tu, campurkan air rebusan udang+perencah laksa tadi ke dalam air rebusan ayam. Tambahkan air sikit.


Originally, the kuah laksa ni kena guna santan. But being me, I like to improvise a bit. So I use satu paket of santan instant tu (kalau nak guna fresh lagi elok), and the rest I use low-fat milk. That way, I can still have the lemak taste from the santan whilst keeping the calorie lower than usual:).


Then masukkan pulak tauhu pok. Usually just use satu paket je dah cukup. Gunting separuh tauhu pok ni before masukkan ke dalam kuah laksa. Lepas tu kalau agak-agak kuah tu pekat sangat, masukkan air. Jangan lupa masukkan garam, gula, white/black pepper powder and MSG (optional) for taste. Leave it to simmer for another 10-15 minutes.

The last condiment that you need to prepare is egg ommelete. Hiris panjang and serve it ready to be eaten.

Ni pulak my peach crumble which I also prepared for the makan-makan hari ni:)


Finally, laksa Sarawak ni tak pakai the normal laksa macam kat Semenanjung. Instead our laksa pakai mihun, so bila semua dah ready, get the mihun ready by blanching it in hot water, wait a few minutes then it should be ready.


These are the condiments for the laksa: udang, isi ayam, sambal belacan, limau kasturi, and telur ommelete. Some people also like to add other things as well, macam taugeh and daun ketumbar. But tu ikut suka masing-masing la kan..:)

Menu hari ini: Laksa Sarawak dan Peach Crumble:)

Jap...ni ha up close pix of laksa Sarawak, ready nak kena ngap:)


Bon appetit!

Sunday, 4 July 2010

Jom Santai-Santai Kejap..

Hari ini Mizz Ray sengih-sengih:)...macam ni


Bukan apa, my cooking groove is back!!! *Doing the chicken dance now*, so adalah project kitchen hari ni. Bukan apa, dah berapa minggu ni amatla malasnya nak buat projek masak. Bukanla takde masak langsung, tapi bila dapur berasap pun, masak yang biasa-biasa je. Takkan takat masak sardin ke, ayam goreng ke pun nak tunjuk kan? Kalau ada pun masak yang lain sikit daripada menu biasa, angin malas lain pulak yang menyerang, iaitu malas nak ambik gambar and cerita hehhee..

So hari ni alhamdulillah, the weather was super duper great, sebab hujan in the morning, and it stayed cool all day, so I just stayed in and cooked! And kejap tadi baru je siap buat kek batik, with a twist. But those will be in the next entry je la sebab la ni tengah tunggu kek batik sejuk dulu then nak kena masukkan dalam fridge.

But in the meantime, jom santai-santai dulu berhibur dengan my two favourite ladies-Alicia Keys & Beyonce in the new song- Put It In A Love Song. Enjoy!